Search This Blog

Loading...

Saturday, April 9, 2016

Bekas kelasi AS bebas kes bunuh selepas 33 tahun dipenjara


HARWARD


WASHINGTON – Seorang bekas kelasi Amerika Syarikat (AS) yang dipenjara 33 tahun dibebaskan kelmarin berdasarkan bukti asid dekosiribonukleik (DNA) selepas dia tersilap didapati bersalah merogol seorang wanita dan membunuh suaminya pada 1982.
Keith Harward didapati bersalah berdasarkan keterangan pakar bahawa kesan gigitan pada wanita itu sepadan dengan susunan giginya. Harward dipenjara seumur hidup.
Bagaimanapun, 30 tahun kemudian, hasil ujian DNA mendapati jenayah rogol dan bunuh itu dilakukan seorang kelasi lain yang meninggal dunia semasa menjalani hukuman penjara atas kesalahan lain.
Harward yang kini berusia 59 tahun didapati bersalah menceroboh sebuah kediaman di Newport News, Virginia dan membunuh suami mangsa menggunakan batang besi sebelum merogol isterinya ketika anak-anak mereka sedang tidur.
Mahkamah Agung Virginia menulis dalam keputusannya bahawa pihaknya “membatalkan kesemua sabitan Harward atas kesalahan bunuh, rogol, liwat dan rompakan.”
Menurut laporan Sekolah Undang-Undang Universiti Michigan pada Februari lalu, AS membersihkan nama 149 banduan dalam 2015. Jumlah itu bagaimanapun terlalu kecil berbanding puluhan ribu orang tidak bersalah yang dihukum penjara di negara itu. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0409&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz45KSsbrmz 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment