Search This Blog

Saturday, April 2, 2016

Bas hantu

Gua Musang: Tiga remaja perempuan termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) bisu berdepan detik cemas apabila bas Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tanpa pemandu merempuh bahagian hadapan sebuah kedai runcit di Bandar Baru, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 6 petang, bas berkenaan dikatakan menuruni bukit itu dengan sendiri sebelum merempuh kedai terletak kira-kira 25 meter dari stesen bas berkenaan.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan selepas tiga remaja berusia antara 20 hingga 22 tahun itu sempat menyelamatkan diri.
Difahamkan ketika kejadian enjin bas berkenaan masih hidup sebelum bergerak sendiri menuruni bukit itu ketika pemandu kenderaan itu sedang makan di sebuah kedai di stesen bas terbabit.
Kemalangan menyebabkan cermin hadapan bas berkenaan pecah dan bahagian hadapan kedai itu rosak.
Nor Zulaikan Mat Ail, 20, yang bekerja di kedai berkenaan berkata, ketika kejadian dia berehat di hadapan kedainya bersama dua rakannya.
Katanya, bagaimanapun secara tiba-tiba dia ternampak sebuah bas tanpa pemandu bergerak sendiri menghala ke kedainya.
“Saya sempat menjerit kepada dua rakan yang tidak menyedari bas berkenaan untuk menyelamatkan diri sebelum selang beberapa saat kemudian, bas itu terus merempuh hadapan kedai.
“Mujurlah, kami sempat menyelamatkan diri. Saya tidak dapat bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya dirempuh bas berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.
Hisham Mat Alias, 20, pula berkata, ketika kejadian dia berada di kedainya sebelum terdengar jeritan tiga remaja perempuan sebelum bergegas keluar.
“Sebaik keluar, saya terkejut melihat sebuah bas sedang meluncur laju menghala ke arah kedai.
“Saya sendiri turut lari kerana bimbang bas itu menuju ke kedai saya yang terletak tidak jauh dari situ,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 April 2016 @ 6:14 AM


BAS PLKN tanpa pemandu yang merempuh kedai, petang kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127329#sthash.COYi2EjD.dpuf

No comments:

Post a Comment