Search This Blog

Wednesday, April 6, 2016

Bapa tinggal bayi dalam kereta, masuk kelab tarian bogel

RABU, 6 APRIL 2016 @ 7:20 AM

 LOS ANGELES: Seorang lelaki berdepan hukuman penjara sehingga enam tahun apabila meninggalkan bayi perempuannya berusia sembilan bulan bersendirian di tempat letak kereta ketika beliau pergi ke sebuah kelab tarian bogel. Pendakwa raya daerah Los Angeles, Jackie Lacey dalam kenyataan pada Selasa berkata, Auwin Dargin, 24, didakwa atas dakwaan penderaan terhadap kanak-kanak dalam kejadian pada Mac lalu.

Pihak berkuasa berkata, pekerja kelab tarian bogel itu dan peniaga berdekatan menyelamatkan bayi itu selepas mendengar tangisan dan kemudiannya memanggil polis. Sehubungan itu, pekerja kelab tarian bogel berkenaan berkata, mereka curiga selepas mendapati Dargin meninggalkan kelab itu setiap 1 5 minit dalam kejadian pada petang 9 Mac lalu dan masuk semula.

 Sementara itu, laporan akhbar tempatan menyiarkan bapa bayi berkenaan sedang menonton persembahan tarian bogel apabila pengurus kelab memberitahu bahawa bayinya sudah ditemui. Pihak berkuasa berkata, bayi itu kelihatan keliru dan dibawa ke hospital berdekatan serta mengalami sedikit kepenatan. Dargin pula mengaku tidak bersalah dalam kes terbabit. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/140933

No comments:

Post a Comment