BANGUI - REPUBLIK AFRIKA TENGAH. Tiga askar pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dituduh merogol, melakukan serangan seksual dan mendera mangsa perang di Republik Afrika Tengah (RAT).
Menurut laporan BBC, dua askar pengaman berkenaan tidak mengaku bersalah merogol kanak-kanak bawah umur, manakala seorang lagi tidak mengaku bersalah cuba merogol.
Lebih 100 orang awam terdiri daripada wanita, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan tampil mengadu mengenai amsalah serangan seksual oleh askar pengaman PBB dan Perancis.
Askar pengaman telah ditempatkan di RAT selepas sebuah konflik tercetus pada 2013.
Sementara itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon 'amat terkejut' dengan dakwaan tersebut.
Askar-askar pengaman PBB yang dituduh akan dibicarakan dalam perbicaraan tentera di Kinshasa.