Search This Blog

Monday, April 4, 2016

Angka korban banjir di Pakistan meningkat 49

ISNIN, 4 APRIL 2016 @ 12:13 PM

 ISLAMABAD: Angka korban akibat hujan lebat mencecah 49 orang manakala berpuluh lagi cedera di utara Gilgit Baltistan, barat laut Wilayah Khyber Pakhtunkhwa (KPK) dan timur laut Kashmir sepanjang 24 jam lalu, lapor media dan pegawai.

Lebih 70 kedai berhampiran ibu kota wilayah Peshawar dihanyutkan air akibat banjir di Sungai Bara, manakala yang lain rosak sebahagiannya.

Beberapa jambatan dan jalan raya turut dihanyutkan di bahagian lain wilayah itu, mengakibatkan lalu lintas terganggu. Hujan lebat dan hujan batu di beberapa kawasan di wilayah itu juga menyebabkan kerugian tanaman yang serius.

 Semalam, Perdana Menteri Nawaz Sharif melahirkan rasa dukacita dan mengarahkan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Nasional (NDMA) dan pihak berkuasa lain memastikan bantuan untuk mangsa tiba tepat pada masanya.


 Ini termasuk penyediaan rawatan perubatan yang betul, makanan dan tempat tinggal untuk mangsa yang terjejas, lapor kenyataan akhbar daripada Pejabat Perdana menteri. Pejabat kaji cuaca tempatan berkata hujan dan ribut petir berserta angin kencang dijangka akan berterusan di bahagian barat dan utara negara ini dalam tempoh 24 jam akan datang.

 Menurut NDMA, hujan lebat mengorbankan sekurang-kurangnya 121 orang, mencederakan 124 lain serta merosakkan 852 rumah sejak 9 Mac lalu di seluruh Pakistan. - Agensi


ANGKA korban akibat hujan lebat di utara Gilgit Baltistan mencecah 49 orang. - Sumber dunyanews.tv  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/140339

No comments:

Post a Comment