Difahamkan ketika kejadian mangsa wanita yang berusia 40-an bekerja sebagai doktor di negeri ini baru sahaja pulang bekerja kira-kira pukul 9.30 malam dan sebaik sahaja tiba di rumah dia melihat pintu rumahnya tidak berkunci.
Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah mangsa kemudian memeriksa rumahnya dan mendapati barang-barang miliknya hilang manakala pembantu rumahnya tiada. Dia membuat laporan polis kira-kira pukul 10 malam.
"Berdasarkan maklumat, polis berjaya menahan seorang wanita berusia 30an yang disyaki pembantu rumah wanita terbabit di Taman Sri Muda, Shah Alam. Hasil pemeriksaan di premis itu pihak polis menemui pelbagai jenis barangan kemas, wang tunai RM2,000 dan wang tunai 2 juta rupiah dan beberapa resit belian barang kemas bernilai kira-kira RM9,000.
Shaikh Adzis berkata, suspek yang baru sebulan memulakan pekerjaan sebagai pembantu rumah di rumah mangsa kini ditahan reman hingga Selasa untuk siasatan lanjut Kanun Keseksaan.