Search This Blog

Sunday, April 10, 2016

Ajal dirempuh kereta

Georgetown: Pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Paya Terubong, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 6.45 pagi itu, mangsa, Mohamed Jamaludin Mohamed Shariff, 58, dari Taman Terubong Jaya meninggal dunia di lokasi kejadian kerana parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kereta dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun hilang kawalan.
Menurutnya, kereta terbabit masuk ke laluan bertentangan dan merempuh motosikal mangsa.
"Rempuhan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan pemandu kereta terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk siasatan lanjut.
"Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat" katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 April 2016 @ 12:14 PM

Mangsa maut dirempuh kereta. FOTO ihsan pembaca

No comments:

Post a Comment