Operasi yang bermula pada pukul 12.40 malam itu berakhir pada pukul 5 pagi diketuai oleh Ketua Bahagian Ketenteraman Awam (KBKA) Ampang Jaya, Deputi Superintenden Hambazi Abd. Rahman bersama 91 pegawai dan anggota termasuk enam pegawai imigresen.
Menurut Hambazi, kesemua yang ditahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Katanya, daripada jumlah tangkapan itu, seramai 48 orang didapati positif dadah jenis amphetamin.
“Kita menahan 87 orang lelaki dan seorang perempuan warga Myanmar, empat lelaki dan tiga perempuan bersama seorang kanak-kanak warga Indonesia serta seorang lelaki Melayu.
“Serbuan tersebut dilakukan di Blok C, Kondominium Sri Angsana Hilir dan Taman Sri Angsana Hilir, Ampang. Bagai­­­ma­napun, kondominium tersebut kosong ketika serbuan dibuat,” katanya dalam satu kenya­taan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Hambazi mem­be­ritahu, kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Imigresen.