Search This Blog

Monday, April 4, 2016

9 bas RapidKL di depoh simpanan terbakar

JENAYAH ISNIN, 4 APRIL 2016 @ 8:30 AM


Oleh Siti Azila Alias sitiazila@bh.com.my

ANGGOTA bomba memadam kebakaran di depoh Kompleks Rapidbus Cheras Selatan, Balakong, Seri Kembangan, malam tadi.


SERI KEMBANGAN: Sembilan bas RapidKL yang disimpan di depoh Kompleks Rapidbus Cheras Selatan, Balakong, di sini, terbakar malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 malam itu, enam bas dilaporkan terbakar 100 peratus, manakala tiga lagi terbakar antara 40 hingga 60 peratus. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata enam jentera dari Balai Bomba Kajang dan Serdang dengan 11 anggota diketuai C Veeraperumal bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 11.29 malam. Beliau berkata, 15 anggota bomba sukarela dari Balakong juga turut membantu dalam operasi itu. "Ketika bomba tiba, api sudah marak membakar semua sembilan bas itu, namun kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.05 tengah malam. "Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat," katanya.


SEBAHAGIAN bas RapidKL yang terbakar di depoh Kompleks Rapidbus Cheras Selatan, Balakong, Seri Kembangan, malam tadi.  
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/140272

No comments:

Post a Comment