Search This Blog

Tuesday, April 5, 2016

8 peket dadah ditemui dalam kereta kemalangan

Kluang: Polis menemui lapan peket plastik lutsinar berisi dadah dipercayai syabu seberat 20.77 gram ketika memeriksa kereta yang terbabit kemalangan di Kilometer 19, Jalan Teck Wai Heng, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, syabu terbabit bernilai RM2,800 dan boleh menampung bekalan untuk 70 penagih sekitar pekan Renggam dan Simpang Renggam.
“Dua lelaki yang parah akibat kemalangan itu kini dilaporkan kritikal. Mereka masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHKK) Kluang.
“Hasil siasatan awal, kedua-dua lelaki terbabit dalam perjalanan ke Simpang Renggam sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan. Semakan mendapati mereka tidak memiliki rekod kesalahan lampau selain tidak bekerja. Kami percaya mereka mengedar dadah sejak enam bulan lalu,” katanya, semalam.
Muhamad berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan sembilan sebatan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2016 @ 9:24 AM


Dadah yang siap dibungkus ditemui dalam kereta yang terbabit kemalangan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127991#sthash.Feqehy5q.dpuf

No comments:

Post a Comment