Menurut Menteri Hal Ehwal Negeri Kerala, Ramesh Chennithala, kejadian berkenaan berlaku di kuil Hindu Puttingal Devi yang terletak di pekan Paravur kira-kira pukul 3 pagi waktu tempatan.
“Kira-kira 150 orang turut cedera dalam kejadian kebakaran itu.
“Situasi berjaya dikawal dengan kehadiran anggota polis di lokasi insiden,” katanya.
Berdasarkan laporan portal Press Trust of India, kebakaran itu dipercayai berpunca akibat letupan besar di sebuah bilik simpanan yang menempatkan sejumlah bunga api. – AFP