Search This Blog

Sunday, April 3, 2016

60 kebakaran hutan berlaku di Gerik akibat EL Nino


3 APRIL 2016
1.8 hektar hutan terbakar


 1.8 hektar hutan terbakar gamabr hiasan
GERIK - Sebanyak 60 kes kebakaran hutan dilaporkan berlaku di Hulu Perak sepanjang Mac lalu berikutan cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata, kebanyakan kebakaran dipercayai akibat sikap tidak bertanggungjawab orang ramai yang membuang puntung rokok selain melakukan pembakaran terbuka.

"Api mudah merebak jika orang ramai lalai dan tidak peka dengan keadaan cuaca panas sekarang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sehubungan itu, perokok dinasihati supaya tidak membuang puntung rokok sewenang-wenangnya kerana ia boleh membahayakan keselamatan nyawa dan harta benda.

Azizul Aswad berkata dalam kejadian terbaharu Sabtu lepas, kawasan bukit seluas 6 hektar di Jalan Kekabu Kampung Pahat Luar di sini, terbakar dipercayai berpunca daripada puntung rokok.

Katanya, kebakaran pada 8.35 pagi itu bagaimanapun berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.20 petang berikutan keadaan hujan.

Sepasukan 30 anggota bomba dan tujuh penduduk kampung terlibat memadamkan kebakaran daripada merebak dari kaki gunung ke Bukit Kerunai di sini, katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment