Search This Blog

Wednesday, April 6, 2016

6 cedera letupan di Mid Valley




KEADAAN restoran Chili’s Grill Bar yang mengalami kerosakan akibat letupan gas LPG di di pusat beli-belah Mid Valley Megamall, Bangsar, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Enam orang cedera termasuk dua daripada mereka melecur di muka apabila saluran paip gas petroleum cecair (LPG) meletup sehingga mengakibatkan siling di dua buah restoran di kompleks beli-belah Mid Valley Megamall di sini runtuh semalam.
Kejadian pukul 9.45 pagi itu berlaku ketika dua kontraktor penyelenggaraan LPG sedang melakukan pemeriksaan di bahagian dapur dua buah restoran iaitu restoran Chili’s Grill Bar dan McDonald’s.
Namun malangnya, ketika pemerikasaan dilakukan, saluran gas LPG di restoran Chili’s Grill Bar dan McDonald’s meletup. Saluran gas LPG untuk kegunaan memasak bukan sahaja disediakan dua buah restoran terbabit tetapi melibatkan semua restoran di pusat beli-belah tersebut.
Akibat letupan itu, dua kontraktor berkenaan melecur di muka masing-masing manakala empat lagi pekerja di kedua-dua buah restoran tersebut mengalami kecederaan ringan akibat dihempap runtuhan siling di kedua-dua buah restoran tersebut.
Difahamkan letupan itu turut mengeluarkan api namun ia tidak sempat merebak.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0406&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz452VcQgfE 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment