Search This Blog

Tuesday, April 5, 2016

54 PATI Indonesia ditahan

JENAYAH SELASA, 5 APRIL 2016 @ 1:24 PM

 Oleh S Anand Kumar anand@bh.com.my

PASUKAN Polis Marin (PPM) menahan 54 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dalam tiga serbuan berasingan ketika mereka cuba menyusup keluar dan masuk negara ini di Bandar Penawar, Kota Tinggi. - Foto ihsan Polis Marin KOTA TINGGI: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan 54 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dalam tiga serbuan berasingan ketika mereka cuba menyusup keluar dan masuk negara ini di Bandar Penawar, dekat sini.

 Komander PPM Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang, berkata serbuan pertama kira-kira jam 11 malam tadi di kawasan Pantai Kelapa Mawar, di sini berjaya menahan 27 PATI. "Mereka mengaku berada di situ menunggu bot pancung untuk pulang ke Indonesia.  Susulan itu, PPM menyerbu kawasan Pantai Sungai Tengah kira-kira jam 11.30 malam sebelum menahan 24 lagi PATI yang turut mengaku menunggu bot pancung untuk ke pulang negara asal.

 "Dalam serbuan ketiga pada jam 12.30 malam di kawasan sama, PPM menahan tiga PATI yang mengaku mendarat di kawasan Pantai Sungai Tengah menggunakan bot pancung dari Indonesia," katanya hari ini.  Mereka yang ditahan berusia lapan hingga 47 tahun, membabitkan 42 lelaki termasuk seorang kanak-kanak dan 11 wanita. Semua dibawa ke Balai Polis Penawar, dekat sini untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/140714

No comments:

Post a Comment