Search This Blog

Monday, April 4, 2016

36 maut, 40 rumah musnah, hujan lebat di Pakistan

 AHAD, 3 APRIL 2016 @ 9:20 PM



BANJIR besar melanda kawasan pasar di pinggir Peshawar manakala kelihatan seorang peniaga berusaha menyelamatkan barangan jualannya. - Foto AFP

PESHAWAR: Sekurang-kurangnya 36 maut dan 27 lagi cedera selepas hujan lebat di barat laut Pakistan menyebabkan bumbung puluhan kediaman runtuh, kata pihak berkuasa hari ini. Seorang jurucakap agensi pengurusan bencana wilayah, berkata kira-kira 40 rumah dilaporkan musnah di kawasan berbeza di Khyber Pakhtunkhwa. Angka yang maut itu dicatat ketika hujan lebat berlaku sejak malam semalam. "Ada beberapa kawasan terpencil di wilayah itu yang mana kami masih menunggu laporan kerosakan dan kematian," kata jurucakap itu. Kawasan paling terjejas teruk adalah Kohistan di mana 12 kematian dilaporkan diikuti daerah Shangla di mana hujan dan tanah runtuh mengorbankan 10 orang. Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Nasional, hujan lebat mengorbankan sekurang-kurangnya 121 orang, mencederakan 124 lain serta merosakkan 852 rumah sejak 9 Mac lalu di seluruh Pakistan. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/140136

No comments:

Post a Comment