Search This Blog

Sunday, April 3, 2016

3 lelaki ditahan bantu siasatan


Pengawal keselamatan dibunuh kerana salah faham kes ragut?
OLEH MUHAMAD AIMY AHMAD UTUSANJOHOR@UTUSAN.COM.MY  |  03 April 2016 1:48 AM


BATU PAHAT 2 April Di bunuh kerana salah faham kes ragut? Itu motif yang sedang disiasat polis berhubung kematian pengawal keselamatan, Noor Azee Abdul Rahman, 33, yang ditemukan mati dikelar di bahagian leher di sebuah kebun kelapa sawit berhampiran Jalan Muar-Yong Peng, pada Khamis lalu.
Sehubungan itu, tiga lelaki yang pernah bertemu Noor Azee berhubung kejadian ragut kononnya membabitkan motosikal mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kesemua suspek yang berusia antara 24 hingga 31 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini petang semalam.
“Ketiga-tiga mereka mengaku pernah bertemu mangsa di tempat kerjanya, di Taman Ceria pada 17 Februari lalu untuk bertanyakan mengenai satu kejadian ragut ke­rana mengesyaki mangsa terlibat.
“Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati mangsa telah membuat laporan polis menafikan penglibatannya dalam kejadian ragut manakala ketiga-tiga suspek menafikan terlibat dalam kejadian bunuh itu,” katanya di sini hari ini.
Semalam, akhbar ini melaporkan penemuan mayat Noor Azee yang ditemukan di sebuah kebun kelapa sawit berhampiran Jalan Muar-Yong Peng, pada Khamis lalu.
Mangsa juga dipercayai dilarikan di hadapan rumahnya pada awal pagi Rabu selepas motosikal miliknya ditemukan terjatuh di luar pagar rumahnya di Taman Pantai, di sini.
Justeru kata Din, polis masih meneruskan siasatan terperinci untuk mengenal pasti suspek lain yang terlibat termasuk motif pembunuhan Noor Azee.
“Kita akan membuat siasatan terhadap beberapa perkara terma­suk lokasi kejadian di rumah mang­sa, sekitar tempat mayat ditemui dan semakan kamera litar tertutup plaza tol,” ujarnya.
Sementara itu, suasana pilu menyelubungi majlis pengebumian Noor Azee di Tanah Perkuburan Islam Kampung Minyak Beku kira-kira pukul 10.30 malam tadi yang turut dihadiri lebih 300 penduduk kampung termasuk ahli keluarga serta saudara mara.
Keadaan bertambah sebak apabila isteri arwah, Hafizah Abdul Rahman, 33, yang sarat mengan­dung turut hadir bersama sepasang anak lelaki kembarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/3-lelaki-ditahan-bantu-siasatan-1.207885#sthash.dvjJC8nP.dpuf

No comments:

Post a Comment