Search This Blog

Loading...

Sunday, April 10, 2016

2 pelajar IPT parah kereta rempuh lori



Oleh Ifwan Tun Tuah



ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang terbabit dalam nahas di Kilometer 285 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di Bandar Baru Nilai. - Foto bomba
BANDAR BARU NILAI: Dua pelajar institut pengajian tinggi parah apabila kereta dinaiki merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di tepi jalan akibat tayar pancit di Kilometer 285 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di sini, awal pagi tadi.
Kedua-dua mangsa dikenali sebagai A Alvin Tony, 23, dan M Tharani, 23, masing-masing berasal dari Seremban, dekat sini dan Mersing, Johor.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mohd Fauzi Shamir, berkata mereka dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut manakala pemandu lori tidak cedera.
Katanya, sebuah jentera bersama sepasukan anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 2.04 pagi.
"Setiba di lokasi, kami dapati kedua-dua mangsa lelaki dan wanita itu tersepit di tempat duduk hadapan kereta yang remuk dan kami mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mereka," katanya di sini, sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment