Search This Blog

Loading...

Sunday, April 24, 2016

1,284 Kes Tangkapan Ular Di Kedah Januari-April 2016


Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2016 3:57 PM
Gambar Hiasan.

ALOR SETAR: Sebanyak 1,284 laporan membabitkan kes tangkapan ular diterima Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kedah sejak Januari hingga Jumaat.
Pengarahnya, Left Kolonel Pang Ah Lek berkata, Januari merupakan tempoh di mana kes tangkapan ular tertinggi direkodkan iaitu 435 kes, Februari (341), Mac (304) manakala bagi April, sehingga hari ini sebanyak 204 kes.
"Kebanyakan kes tangkapan kita buat di rumah, manakala selebihnya di pejabat, sekolah, reban ayam, dan lain-lain tempat. 
"Ular tedung dan ular sawa adalah paling banyak ditangkap," katanya ketika dihubungi Bernama, Jumaat. 
Ah Lek juga menasihatkan orang ramai untuk memastikan belerang ditabur di sekitar kawasan rumah bagi mengurangkan risiko dimasuki ular, selain menjaga jarak selamat agar bisa daripada ular tidak terkena kepada individu.
"Sekiranya berhadapan dengan ular, kalau boleh berdiam diri, jangan bergerak dan jangan panik kerana ular sensitif dengan pergerakan kita.
"JPAM sentiasa bermatlamat membantu masyarakat dan prinsip kita adalah mana-mana perkara yang mengancam nyawa dan keselamatan orang ramai, kita akan bantu," katanya sambil menambah terdapat 40,000 sukarelawan JPAM di seluruh negeri sejak 2012. --Bernama

No comments:

Post a Comment