Search This Blog

Monday, April 4, 2016

12 minit 'sapu rumah'

Johor Bahru: Seolah-olah tiada apa yang mereka takuti, dua lelaki dengan bersahaja memotong rantai mangga pagar rumah di Taman Bukit Indah, di sini, dan membawa masuk kenderaan ke halaman rumah sebelum mengumpil pintu dan melarikan pelbagai barangan dari premis itu.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dalam kejadian jam 1 pagi semalam itu, dua lelaki terbabit hanya mengambil masa 12 minit melakukan jenayah itu sebelum meninggalkan rumah dalam keadaan pintu dan pagar terbuka.
Akibat kejadian itu, suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga, Februari lalu kerugian RM10,000 selepas rumah yang baru didiami sejak Jumaat lalu itu dipecah masuk penjenayah.
Selain hilang barangan kelengkapan rumah, dokumen penting dan wang tunai, dua kucing parsi kesayangan yang masing-masing berusia 14 bulan dan sembilan bula turut dilarikan.
Mangsa, Saiful Idzham Jamaluddin, 27, dan isteri keluar dari rumah itu jam 11 malam kelmarin untuk mengambil barang di rumah lama di Tebrau, di sini sebelum pulang jam 2 pagi semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2016 @ 5:25 AM


PENJENAYAH turut menggeledah bilik tidur mangsa.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127678#sthash.2Bpf6abZ.dpuf

No comments:

Post a Comment