Search This Blog

Sunday, March 20, 2016

Tergamak kau manusia...


Siraj Mohd Zaini

siraj@hmetro.com.my
FOTO ihsan pembaca

Tanjong Karang: Seorang lelaki warga Thailand maut selepas ditikam dua lelaki yang turut menyamun wang hasil kutipan derma di hadapan kedai di Jalan Bagan Lama di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ruslan Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa dikenali sebagai Chemusor Masor, 59, dari Narathiwat, didatangi sebuah motosikal jenis Yamaha LC dinaiki dua lelaki di kaki lima bangunan kedai berkenaan.

Menurutnya, pembonceng motosikal itu merampas beg silang dan juga mengambil wang derma yang berada dalam kotak yang dibawa mangsa.

"Berlaku tarik menarik beg itu sebelum mangsa ditikam tiga kali dan suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal ke jalan besar menuju ke Kuala Selangor.

"Mangsa kemudiannya cuba berjalan bagi meminta pertolongan sebelum rebah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tanjong Karang," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Asisten Superintendan Ramle di talian 012-5112034.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Mac 2016 @ 7:19 PM



No comments:

Post a Comment