Search This Blog

Monday, March 21, 2016

Seleweng Dana: Pasukan Siasatan Bebas Semak Mekanisme, Tadbir Urus KBS


Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 11:31 AM

PUTRAJAYA: Pasukan siasatan bebas akan ditubuhkan untuk menyemak mekanisme dalaman dan proses tadbir urus berkaitan penyaluran dana di Kementerian Belia dan Sukan, kata Menterinya, Khairy Jamaluddin.
Ia susulan penahanan seorang pegawai kanan KBS pada Jumaat lalu yang disyaki terlibat dalam isu penyelewengan dana kerajaan mencecah lebih RM100 juta.
Khairy berkata, penubuhan pasukan siasatan bebas itu akan dilakukan Ketua Setiausaha Negara (KSN) tanpa melibatkan pegawai KBS.
Katanya, objektif utama pasukan itu adalah untuk memperbaiki kelemahan proses dalaman yang boleh menjurus kepada penyelewengan dana awam.
"Saya tegaskan pasukan siasatan yang akan ditubuhkan untuk melihat ‎pada prosuder mesti datang daripada KSN, pegawai terlatih, tiada pegawai dari KBS.
"Saya serahkan kepada pasukan bebas ‎yang akan ditubuhkan KSN untuk buat siasatan rapi," katanya pada sidang media di KBS, pagi Isnin.

No comments:

Post a Comment