Search This Blog

Monday, March 21, 2016

Polis serbu premis judi dalam Ops Dadu

AHAD, 20 MAC 2016 @ 4:17 PM

Oleh Siti Azila Alias sitiazila@bh.com.my

KETUA Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif (kiri) memeriksa peralatan komputer pusat judi dalam talian ketika Op Dadu di Kuala Lumpur. - Foto Muhd Asyraf Sawal


KUALA LUMPUR: Helah sebuah premis permainan judi dalam talian yang menggunakan pintu belakang untuk menjalankan kegiatan gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila diserbu, lewat malam tadi.

Serbuan berakhir jam 2.30 pagi menerusi Op Dadu itu dilakukan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju diketuai Ketua Polis daerah, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif. Mohamad Roy berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis itu dikawal tujuh kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau kehadiran pihak berkuasa.

 "Jika diamati, premis itu seperti tidak berpenghuni kerana bahagian depannya ditutup seolah-olah tiada perniagaan yang beroperasi di situ, selain tidak memaparkan sebarang papan tanda.

 "Modus operandi yang digunakan adalah menjalankan kegiatan secara sembunyi melalui pintu belakang bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya ketika ditemui. Beliau berkata, selain premis itu sebuah lari premis yang menjalankan kegiatan sama turut diperiksa.


Hasil pemeriksaan di kedua-dua premis berjaya menahan sembilan kaki judi dan dua lelaki rakyat tempatan yang dipercayai penjaga premis. "Dua mesin simulator dan 67 komputer dirampas, selain wang tunai RM1,700.

Kesemua tangkapan berusia antara 20 hingga 30 tahun dibawa ke Balai Polis Setapak untuk siasatan mengikut Seksyen 49B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1959," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/135446

No comments:

Post a Comment