Search This Blog

Friday, March 25, 2016

Perogol bersiri Langkawi dicekup




CHE GHAZALI menunjukkan muka suspek perogol bersiri menerusi telefon bimbit pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi di Kuah semalam.


ALOR SETAR – Kelicikan seorang perogol bersiri memperdayakan mangsa yang dikenalinya menerusi laman sosial untuk dijadikan sebagai pemuas nafsu berakhir selepas dia diberkas polis pada Selasa lalu.
Suspek yang ber­usia 19 tahun itu ditahan di Kampung Padang Puteh, Padang Mat Si­rat di Langkawi pada pukul 7.30 malam selepas salah seorang mangsa lelaki itu mengesan keretanya sebelum memaklumkan identitinya kepada polis.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Dr. Che Ghazali Che Awang berkata, selepas di­soal siasat suspek yang dikenali sebagai Solleh mengaku terlibat dalam 10 kes rogol dan jenayah kekerasan di Langkawi dan Alor Setar di Kedah serta Cheras, Kuala Lumpur sejak Oktober tahun lalu.
“Ketika ditahan, suspek berada bersama seorang wanita di dalam kereta itu yang dipercayai mangsa rogolnya di Alor Setar. Menurut mangsa itu, dia mengikut suspek ke Langkawi selepas lelaki tersebut mengugut untuk menyebarkan gambar bogelnya jika tidak berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0325&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz43rpRUJX2 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment