Search This Blog

Saturday, March 26, 2016

Pembantu rumah curi wang majikan lebih RM2.20j

Pembantu rumah curi wang majikan lebih RM2.20j

25 MAC 2016

 Gambar hiasan

ABU DHABI - UAE. Polis menahan empat wanita warga Filipina temasuk tiga pembantu rumah disyaki mencuri wang tunai bernilai lebih Dh2juta (RM2.20j) dari sebuah rumah yang juga merupakan majikan dua suspek tersebut.
Memetik laporan Emirates 24/7, kesemua suspek melakukan jenayah tersebut semasa keluarga majikan dua daripada wanita itu melancong ke luar negara.
Pemangku Pengarah Polis Abu Dhabi, Kolonel Ahmed Saif Al Muhairi berkata, salah seorang pembantu rumah berkenaan yang juga suspek utama merancang kecurian tersebut dengan menggunakan bantuan dua wanita yang bekerja di rumah yang sama.
Sementara seorang suspek yang lain menunggu di luar kediaman semasa kecurian.
Jenayah mereka diketahui selepas keluarga majikan pulang ke rumah dan mendapati wang tunai bernilai Dh2.6juta (RM2.85juta) hilang dan kemudian membuat laporan polis.

No comments:

Post a Comment