Search This Blog

Monday, March 21, 2016

Pemandu teksi dibunuh akibat cemburu

Kuala Lumpur: Angkara cemburu dipercayai menjadi punca seorang pemandu teksi maut ditikam teman wanitanya dalam kejadian di sebuah kondominium di Setapak di sini, semalam.
Mangsa lelaki berusia 35 tahun itu ditemui terbaring di dalam bilik di tingkat 20 kondominium berkenaan dengan kesan kecederaan tikaman di paha.
Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, mangsa difahamkan berada di rumah bersama teman wanita dan seorang pembantu rumah warga Indonesia.
Ibu mangsa yang enggan dikenali berkata, dia mengetahui kematian anaknya itu selepas dihubungi teman wanita anak lelakinya itu.
Katanya, dia tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi di antara mereka tetapi tahu mereka tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu.
“Saya tahu pasangan ini sangat rapat. Malah mereka juga menempah urusan pengebumian bersama di pusat pengurusan jenazah di Memorial Nirvana, di sini.
“Biarlah polis siasat apa sebenarnya yang terjadi dan menjadi punca kematian anak lelaki saya itu,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.
Menurutnya, anaknya itu tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan ataupun kewangan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihaknya sudah menahan teman wanita mangsa berusia 38 tahun untuk membantu siasatan lanjut.
Katanya, setakat ini polis masih menjalankan siasatan berhubung motif kejadian dan punca kematian mangsa.
“Polis turut menahan pembantu rumah terbabit yang turut berada di lokasi kejadian untuk membantu siasatan lanjut.
“Mayat mangsa sudah dihantar ke HKL untuk proses bedah siasat bagi mengenalpasti punca sebenar kematian mangsa,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Mac 2016 @ 7:01 AM


SUSPEK yang ditahan anggota polis.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/124234#sthash.LcUYXzJL.dpuf

No comments:

Post a Comment