Search This Blog

Tuesday, March 22, 2016

Pelajar tingkatan lima maut motosikal masuk tali air



ORANG ramai membantu mengangkat motosikal milik Muhammad Hasmirul yang terbabas sebelum masuk ke dalam tali air di Bukit Jenun, Pendang kelmarin.


ALOR SETAR – Hasrat seorang pelajar tingkatan lima untuk menukar rim sukan motosikalnya tidak kesampaian apabila dia mati lemas di tali air di Bukit Jenun, Pendang dekat sini kelmarin.
Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 ditunggang Muhammad Hasmirul Fitri Musa, 17, hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam tali air.
Mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Model Khas Bukit Jenun itu dikatakan sempat meminta tolong, namun tenggelam kerana arus deras.
Mayat mangsa ditemui di dasar tali air sedalam kira-kira lapan meter pada pukul 7.38 petang kelmarin oleh orang awam de­ngan bantuan anggota bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
Rakan mangsa, Mohd. Farhan Mohd Fadzli, 19, berkata, kali terakhir dia menemui Muhammad Hasmirul adalah pada petang kelmarin dan mereka sempat berbual dan bergurau seperti biasa.
"Saya tidak nampak sebarang perubahan pada arwah dan hasratnya untuk mengambil sport rim motosikal daripada seorang rakan lain di Jenun tidak kesampaian," jelasnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Supe­rintendan Fadzil Hashim memberitahu, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Bukit Jenun ke Sungai Besar.
“Motosikal ditunggang mangsa bagaimanapun dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam tali air,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz43aEVDpiP 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment