Search This Blog

Tuesday, March 22, 2016

Pasangan Suami Isteri Ditahan Kerana Disyaki Dera Anak


Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 8:06 PM

LABUAN: Polis menahan sepasang suami isteri awal bulan ini bagi membantu siasatan berhubung penderaan anak lelaki mereka yang berusia 17 bulan.
Pasangan menganggur itu ditangkap di rumah mereka di Kampung Kerupang pada kira-kira 4.30 petang, 9 Mac lepas.
Mereka ditangkap dua hari selepas datuk kanak-kanak itu membuat laporan polis berhubung dakwaan penderaan itu.
Ketua Polis Labuan Superitendan Adzhar Othman memberitahu sidang berita di sini, Isnin bahawa pemeriksaan perubatan terhadap mangsa menemui kesan terbakar pada mata kiri dan tangan kanannya serta lebam pada tubuhnya yang berpunca daripada objek tumpul.
Beliau berkata pasangan itu dibebaskan dengan jaminan polis.-- Bernama

No comments:

Post a Comment