Search This Blog

Saturday, March 26, 2016

Paderi kaut RM28.3 juta


Tipu 125,000 pengguna di Internet
26 Mac 2016 12:29 AM


SEATTLE 25 Mac - Seorang lelaki dari Seattle menipu berjuta-juta penganut Kristian di seluruh dunia untuk mengaut kira-kira AS$7 juta (RM28.3 juta) antara 2011 dan tahun lalu selepas mewujudkan satu laman web palsu yang mengenakan caj bagi meminta pemimpin agama itu mendoakan apa-apa sahaja untuk mereka.
Portal Oddity Central melaporkan, Benjamin Rogovy mengenakan caj antara AS$9 (RM36) dan AS$35 (RM141) untuk perkhidmatan tersebut di laman web ChristianPrayerCenter.com dan versi Sepanyol, OracionCristiana.org.
Lelaki tersebut berjaya memperdaya sejumlah 125,000 pelanggan di seluruh dunia dengan berlakon sebagai paderi John Carlson selain mewujudkan profil palsu paderi yang kononnya akan membantu upacara keagamaan melalui laman web tersebut.
Rogovy turut menyertakan kete­rangan palsu orang yang dibantunya termasuk seorang yang menyatakan, doa paderi di laman web tersebut membantunya menang loteri serta pulih daripada HIV.
Dia mengaut keuntungan selama empat tahun dan pada kemuncak popularitinya, halaman Facebook Christian Prayer Center mempunyai 1,289,120 like.
Bagaimanapun, kegiatan Rogovy didedahkan pada tahun lepas dan selepas siasatan selama setahun, dia diarahkan menutup laman web itu serta memulangkan wang kepada pelanggan yang telah ditipu.
Penyiasat mendapati, lelaki tersebut turut memujuk mangsanya membuat pembayaran berulang-­ulang melalui laman webnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/paderi-kaut-rm28-3-juta-1.204712#sthash.OFtacGuV.dpuf

No comments:

Post a Comment