Search This Blog

Friday, March 25, 2016

Nelayan Jepun bunuh 333 paus di Antartik



BEBERAPA nelayan turun dari sebuah kapal pemburu paus di pelabuhan Shimonoseki di barat Jepun semalam.


TOKYO – Nelayan-nelayan ikan paus Jepun pulang ke pelabuhan semalam selepas membunuh lebih 300 ekor mamalia itu dalam pemburuan di Antartik, kata kerajaan negara itu.
Armada nelayan Jepun itu belayar ke Lautan Selatan pada Disember 2015 dengan perancangan untuk menangkap 333 ekor paus minke walaupun menghadapi tentangan di seluruh dunia yang diketuai oleh Australia dan New Zealand.
Agensi Perikanan Jepun menyatakan dalam satu siaran akhbar bahawa angka pemburuan tersebut bagi tujuan ‘penyelidikan saintifik’ telah dicapai.
Sebelum ini, Mahkamah Keadilan Antarabangsa di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memutuskan bahawa pemburuan tahunan itu merupakan aktiviti komersial yang bertopengkan sains.
Armada itu tiba di pelabuhan Shimonoseki, barat Jepun awal semalam, kata agensi berkenaan. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0325&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz43rsy1dz4 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment