Search This Blog

Tuesday, March 22, 2016

Mayat rentung di ruang tamu

Penampang: Seorang lelaki warga emas ditemui rentung dalam rumahnya yang terbakar di Kampung Tombovo, Jalan Ketiau, dekat sini, tengah malam tadi.
Dalam kejadian 12.10 tengah malam itu, mayat Tang See Suat, 70, yang rentung ditemui di ruang tamu tingkat bawah rumahnya oleh anggota bomba selepas api berjaya dikawal.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata, sebaik menerima panggilan kira-kira jam 12.18 tengah malam, sebuah jentera bersama EMRS dengan kekuatan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Kebakaran membabitkan rumah dua tingkat dan sebaik api berjaya dikawal pada 1.02 pagi tadi, anggota bomba menemui mayat mangsa di ruang tamu tingkat bawah rumah berkenaan.
"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mac 2016 @ 2:39 AM

No comments:

Post a Comment