Search This Blog

Monday, March 21, 2016

Maut dirempuh bas

Butterworth: Remaja lelaki,17,maut selepas terjatuh dari motosikal diboncengnya sebelum dirempuh bas di Kilometer 1.9 Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth, 12.55 tengah malam tadi.
Dalam kejadian itu, mangsa, Muhammad Firdaus Rosli beralamat di Pendang, Kedah membonceng motosikal ditunggang rakannya Ahmadi Imran Azmi,19.
Sumber polis berkata, mereka dari Butterworth ke Jalan Baru, Prai sebelum merempuh belakang sebuah lagi motosikal ditunggang seorang lelaki, Muhammad Hadi Saifuddin Rosdi,17.
Katanya, akibat rempuhan berkenaan motosikal ditunggang dua sahabat itu terbabas menyebabkan Muhammad Firdaus dan Ahmadi terjatuh sebelum Muhammad Firdaus dirempuh bas.
Muhammad Fidaus meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah akibat terperosok di bawah bas manakala Ahmadi patah tulang pinggul dan patah tulang rusuk.
Sementara itu, seorang lagi penunggang motosikal yang dirempuh mangsa tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Mac 2016 @ 11:07 AM


Kemalangan yang mengorbankan seorang pembonceng motosikal. FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/124325#sthash.UUwwv8sY.dpuf

No comments:

Post a Comment