Search This Blog

Monday, March 21, 2016

Maut bawah lori

Johor Bahru: Seorang lelaki warga Singapura maut terperosok bawah lori dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 30, Jalan Mersing-Kota Tinggi dekat Sungai Ambat, Mersing, semalam.
Kemalangan kira-kira jam 11 pagi berlaku ketika Aznan Idris, 44, menunggang motosikal berkuasa tinggi dengan nombor pendaftaran Singapura berkonvoi bersama 20 motosikal lain.
Ketua Polis Daerah Mersing Deputi Superintendan M Kumar berkata, siasatan polis mendapati mangsa dari Singapura ke Air Papan, Mersing sebelum hilang kawalan.
“Kejadian itu menyebabkan mangsa terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung sebuah lori,” katanya.
Beliau berkata, mangsa yang parah di kepala dan badan meninggal dunia di lokasi kemalangan.
Katanya, kes itu dalam siasatan polis mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Mersing diketuai Komander Operasi Latif Ismail bergegas ke lokasi kemalangan selepas menerima panggilan kecemasan jam 11.02 pagi.
“Kami tiba di lokasi kemalangan pada jam 11.20 pagi dan mendapati mangsa berada di bawah lori sebelum operasi mengeluarkannya dijalankan.
“Motosikal mangsa berkecai berhampiran lokasi kawasan kejadian,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Mac 2016 @ 6:51 AM


Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bawah lori selepas kemalangan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/124218#sthash.py7GJXk4.dpuf

No comments:

Post a Comment