Search This Blog

Monday, March 21, 2016

Mati tergantung

Besut: Lelaki berusia 39 tahun ditemui mati tergantung pada sebatang pokok berhampiran kuarters kakitangan Hospital Daerah Besut, di sini, 8.40 pagi tadi.
Kejadian itu disedari kakitangan hospital berkenaan dan kemudiannya menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan itu.
Difahamkan, lelaki berkenaan yang juga seorang anggota tentera dan kini sedang menjalani latihan kemahiran sebagai persediaan persaraannya sebelum itu ke hospital terbabit untuk menemani ayahnya sedang sakit serta dirawat di situ.
Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Khaled Che Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, pemeriksaan terhadap fizikal mangsa didapati tiada sebarang kesan kecederaan lain pada tubuh mangsa.
Menurutnya, lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan tergantung dengan lehernya terjerut dengan dawai.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Mac 2016 @ 2:54 PM

Mayat mangsa diusung untuk dibawa ke hospital. FOTO Mohammad Ishak

No comments:

Post a Comment