Search This Blog

Tuesday, March 22, 2016

Lelaki Bersenjata Serbu Hotel Didiami Tentera



Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2016 11:09 AM

BAMAKO: Sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu masuk sebuah hotel yang menjadi lokasi tentera Kesatuan Eropah (EU) menjalani latihan sebelum salah seorang daripada mereka ditembak mati.
Empat lelaki bersenjata itu menyerbu masuk hotel yang dimiliki oleh ahli perniagaan Mali pada pukul 6.30 petang untuk melakukan serangan.
Bagaimanapun kumpulan berkenaan berjaya disekat oleh  pengawal keselamatan hotel yang melepaskan tembakan.
"Seorang daripada mereka berjaya ditembak mati dan kami sedang mencari tiga lagi," jelas sumber EUTM di hotel tersebut.
Polis mendedahkan gambar seorang suspek yang ditembak mati memakai seluar berwarna biru dengan berlumuran darah.
Pihak berkuasa turut memburu seorang lelaki yang dipercayai pengebom berani mati kerana mahu meletupkan ibu pejabat EUTM.

No comments:

Post a Comment