Search This Blog

Monday, March 21, 2016

Lagi Saksi Bakal Dipanggil Kes Seleweng RM107 Juta


Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 9:11 AM

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil lebih ramai saksi untuk membantu siasatan dalam kes penyalahgunaan dana kerajaan mencecah RM107 juta.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, saksi daripada kementerian dan agensi kerajaan berkaitan adalah antara yang dijangka dipanggil pada Isnin berhubung kes itu.

"Kami akan memanggil mereka bagi mengesahkan beberapa prosedur dan bagaimana bayaran dibuat kepada syarikat terbabit," katanya pada Ahad.

Tambahnya, SPRM turut menyiasat jika terdapat syarikat lain yang terlibat.

Bagaimanapun Azam berkata tiada tangkapan baharu dibuat sejak SPRM menahan seorang setiausaha bahagian sebuah agensi kerajaan yang merupakan dalang sindiket yang terlibat pada Jumaat lalu.

Lelaki berusia 56 tahun itu ditahan bersama-sama lapan yang lain, termasuk seorang wanita, yang merupakan kontraktor dari 14 syarikat yang menerima bayaran untuk program di bawah kementerian yang tidak pernah dijalankan.

SPRM turut merampas 12 buah kereta mewah, barang kemas, jam tangan mewah dan beg tangan berjenama dan membekukan sejumlah 69 akaun bernilai RM8.33 juta.

No comments:

Post a Comment