Search This Blog

Friday, March 25, 2016

Kuetiau beracun ragut nyawa


Pemilik gerai, Jamaludin Saaid berdiri di depan gerainya di Siputeh, Batu Gajah selepas mendapat notis penutupan kali kedua daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kinta semalam.


IPOH – Selepas 20 hari bertarung nyawa, seorang wanita yang kritikal setelah bersarapan kuetiau goreng kegemarannya yang tercemar dengan racun serangga meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak malam kelmarin.
Mangsa, Hawa Buyong, 46, disahkan menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 11.25 malam di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan sejak dima­sukkan ke HRPB pada 4 Mac lalu.
Mangsa yang masih bujang merupakan salah seorang daripada 102 mangsa keracunan makanan selepas bersarapan di sebuah gerai di Siputeh, Batu Gajah yang popular dengan menu kuih bom dalam kalangan masyarakat setempat.
Inilah jenis racun carbamate yang dipercayai terdapat dalam empat sampel makanan sehingga meragut nyawa seorang mangsa malam kelmarin.


Mangsa difahamkan sudah tiga tahun menjadikan gerai tersebut sebagai destinasi pilihannya untuk makan pagi.
Kakaknya, Anita Buyong, 48, berkata, mangsa yang bekerja di sebuah stesen mi­nyak di Seri Iskandar langsung tidak sedarkan diri sejak dima­sukkan ke hospital selepas pengsan di tempat kerjanya pada hari kejadian.
“Dia ada mengadu sesak nafas pada pagi hari kejadian sebelum pengsan di tempat kerjanya dan sekali lagi pengsan semasa berada di hospital,” katanya ketika ditemui di HRPB di sini semalam.
Keputusan laporan Jabatan Kimia Malaysia cawangan Perak pada 9 Mac lalu mengesahkan racun serangga jenis carbamate disahkan sebagai punca mangsa mengalami keracunan makanan.
Racun tersebut ditemui dalam empat sampel makanan yang diambil di gerai berkenaan iaitu sambal nasi lemak, kuetiau goreng, kuih bom dan cucur badak.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0325&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz43rrhzKJ8 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment