Search This Blog

Friday, March 25, 2016

Keluarga remaja mati ditembak terima ganti rugi RM414,800


SHAH ALAM – Keluarga remaja Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis hampir enam tahun lalu menerima ganti rugi sebanyak RM414,800 di Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Keputusan itu dibuat oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim selepas ber­puas hati dengan hujah pihak pendakwaan.
“Defendan gagal menyangkal pendakwaan plaintif. Ganti rugi itu adalah munasabah,” katanya.
Ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohammad, 67, dan kakak sulung remaja itu, Nor Azura Amzah, 46, selaku plaintif menamakan Koperal Jenain Subi, bekas Ketua Polis Selangor, Tan Sri Khalid Abu Bakar (kini Ke­tua Polis Negara), Ketua Polis Da­erah Shah Alam, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia selaku defendan.
Plaintif menuntut ganti rugi hampir RM50 juta atas alasan kematian Aminulrasyid berpunca daripada kecuaian Jenain.
Mahkamah memerintahkan defendan membayar sebanyak RM150,000 bagi kesakitan dan penderitaan, RM150,000 sebagai ganti rugi teruk dan teladan, RM10,000 bagi perkabungan, RM4,800 bagi kos pengebumian dan RM100,000 bagi salah laku kepada masyarakat umum.
Defendan juga diarahkan membayar kos guaman sebanyak RM50,000.
Dalam penghakimannya, Ahmad Zaidi berkata, dalam keterangan defendan pertama (Jenain), beliau memberitahu tujuannya melepaskan tembakan adalah untuk menghentikan kereta BET 5023 yang dinaiki Aminulrasyid kerana cara pemanduan yang berbahaya di Jalan 11/2G, Seksyen 11 di sini pada 26 April 2010.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0325&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz43rpl3uc3 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment