Search This Blog

Monday, March 21, 2016

Joker bagai cacing kepanasan


BATU PAHAT – Seorang suspek lelaki yang dikenali sebagai Joker yang dipercayai membelasah dua beradik bersama sekumpulan samseng di sebuah kedai buah-buahan di Jalan Rengit, pekan Rengit di sini kelmarin bagaikan cacing kepanasan apabila dia kini diburu polis.
Difahamkan, Joker mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk mencederakan anggota polis di negeri ini beberapa tahun lalu dan pernah dipenjara atas kesalahan tertentu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, suspek utama terbabit dipercayai sedang bersembunyi di satu lokasi rahsia bagi mengelak dirinya ditahan polis.
Menurutnya, polis sedang berusaha mengesan Joker berdasarkan kete­rangan yang diperoleh daripada salah seorang mangsa iaitu Mohd. Fadzilah Salahudin, 28, yang mengecam wajah suspek.
“Joker masih lagi bebas saya percaya dia sedang menyembunyikan diri dan polis akan terus menjejakinya sampai dapat,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Din memberitahu, setakat ini seramai 17 samseng yang disyaki terlibat membelasah dua beradik itu ditahan termasuk dua daripada mereka diberkas di sekitar Rengit pada pukul 12 tengah hari semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0321&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz43VR4blOl 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment