Search This Blog

Monday, March 21, 2016

Penagih wanita mengamuk ketika cuba ditahan polis

JENAYAH AHAD, 20 MAC 2016 @ 4:28 PM



Oleh Shahrul Nizam Mohamad bhnews@bh.com.my

KUANTAN: Seorang wanita dipercayai penagih dadah memarahi anggota polis yang cuba menahannya di sebuah hotel bajet di Jalan Penjara, dekat sini, petang semalam.

 Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, suspek berusia 35 tahun bukan sekadar memaki-hamun anggota polis, bahkan turut bergelut dengan anggota dari Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

 Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berkata suspek bagaimanapun berjaya diberkas hasil kecekapan anggota polis terbabit.

 "Kita terima maklumat mengenai kehadiran suspek di kawasan hotel berkenaan dalam keadaan lalok dan mengganggu ketenteraman orang awam, termasuk pelanggan hotel bajet berkenaan. "Sebaik tiba di lokasi kejadian, usaha anggota kami menenangkan suspek menemui jalan buntu dan suspek turut memarahi serta mengeluarkan kata kesat kepada anggota polis.

 "Dalam usaha menahan suspek, anggota polis terpaksa bergelut dengan suspek dan berjaya menahannya hasil kecekapan anggota kami," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

 Abdul Aziz berkata, pemeriksaan dijalankan terhadap suspek membawa kepada penemuan 13 paket plastik lut sinar mengandungi ketulan jernih dan serbuk dipercayai dadah jenis heroin dan syabu. Katanya, hasil ujian air kencing dijalankan turut mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine.

"Kita turut menemui wang tunai berjumlah RM925 dalam simpanan suspek dipercayai hasil jualan dadah kepada penagih di sekitar bandar ini.

 "Suspek kini ditahan reman seminggu di Kompleks Tahanan Reman Indera Mahkota bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39(A), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/135451

No comments:

Post a Comment