Search This Blog

Saturday, March 26, 2016

Gagal pulang pita video selama 14 tahun


26 Mac 2016 12:30 AM


RALEIGH, North Carolina 25 Mac – Seorang lelaki ditahan polis baru-baru ini, gara-gara gagal mengembalikan pita video yang dipinjam 14 tahun lalu di sebuah kedai video di sini.
Menurut portal Huffington Post, James Meyers ditahan oleh polis kerana lampu brek yang rosak ketika dalam perjalanan untuk menghantar anak perempuannya ke sekolah.
Meyers, 37, turut memuat naik video tentang perkara itu di YouTube, pada Selasa lalu.
Dalam video itu, bapa tersebut dilihat menyerahkan lesen kere­tanya kepada anggota polis terbabit sebelum diberitahu dia mempunyai waran tangkap kerana kesalah­an tidak memulangkan pita video yang dipinjam di kedai J&J Video, di Salisbury, di sini pada tahun 2002.
“Polis tersebut membawa saya ke belakang kereta. Dalam keadaan serba salah, dia membe­ritahu dia boleh menahan saya kerana waran tangkap berkenaan,” kata Meyers.
Tambah Meyers, anggota polis tersebut membenarkan dia menghantar anaknya ke sekolah terlebih dahulu selepas berjanji akan menyerah diri.
Jabatan Polis Concord mengesahkan penahanan lelaki itu semalam, berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan pada 28 Februari 2002 oleh kedai berkenaan yang kini telah ditutup.
Meyers mengaku tidak memulangkan pita video filem berjudul Freddy Got Fingered dan dibebaskan dengan ikat jamin.
Dia akan dihadapkan ke mahkamah pada 27 April ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gagal-pulang-pita-video-selama-14-tahun-1.204715#sthash.sZ9T2eQR.dpuf

No comments:

Post a Comment