Search This Blog

Monday, March 21, 2016

Filipina syurga penggubahan wang haram


DEGUITO


MANILA – Tindakan penggodam komputer misteri menceroboh rizab asing Bangladesh bulan lalu dan mencuri AS$81 juta (RM328 juta) telah mendedahkan Filipina sebagai syurga penggubahan wang haram.
Dana yang dicuri dari beberapa akaun Amerika Syarikat di Bank Negara Bangladesh itu kemudian sengaja dipindahkan secara elektronik ke bank RCBC Filipina untuk mendedahkan lokasi penggubahan wang haram tersebut.
Filipina merupakan antara negara yang mempunyai undang-undang perbankan paling ketat di dunia bagi melindungi pemegang akaun sementara kasino-kasino negara ini dikecualikan daripada sebarang peraturan untuk mengekang aktiviti penggubahan wang haram.
“Filipina menjadi tarikan untuk menggubah wang haram kerana sistem perundangannya mempunyai lopong-lopong besar. Sangat mudah untuk menggubah wang di sini,” kata Senator Sergio Osmeno yang mahu membawa akta anti-penggubahan wang haram lebih ketat di Filipina.
Untuk mengelakkan daripada dikesan, penggodam terbabit telah memindahkan wang itu dengan pantas melalui sistem perbankan Filipina dan terus ke dalam pusat-pusat judi menyebabkan pihak berkuasa mengambil masa empat hari untuk mengeluarkan arahan pengembalian dana tersebut.
Ketika itu, kesemua rizab berkenaan telah hilang dan mendedahkan satu kisah rasuah, ancaman bunuh, perniagaan mencurigakan dan seorang pe­ngurus bank yang mungkin menjadi mangsa ataupun penjahat sebenar jenayah tersebut.
“Saya tidak melakukan sebarang jenayah. Kini setiap hari saya hidup dalam ketakutan,” kata Pe­ngurus bank RCBC, Maia Deguito kepada stesen televisyen ABS-CBN minggu lalu selepas pihak berkuasa menahannya daripada menaiki satu penerbangan meninggalkan Filipina di Lapangan Terbang Manila.
Sementara pihak berkuasa Bangladesh dan beberapa negara lain masih mencari dalang pencerobohan tersebut, manakala peranan Deguito sebagai pengurus bank yang menerima dan memindahkan dana tersebut kini berdepan penilaian teliti.
Deguito bagaimanapun mendakwa Presiden bank tersebut, Lorenzo Tan yang mengarahkannya memindahkan dana berkenaan tetapi Tan menyangkal tuduhan itu. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0321&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz43VRXOHaJ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment