Search This Blog

Friday, March 25, 2016

Enam cedera bas China di Laos ditembak


VIENTIANE – Enam rakyat China cedera selepas beberapa lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sebuah bas di Laos, lapor media rasmi Beijing, Xinhua semalam, serangan ketiga seumpamanya di negara Asia Tenggara itu sepanjang tahun ini.
Insiden tembakan itu berlaku di utara destinasi pelancongan, Vang Vieng lewat kelmarin ketika bas itu membawa 28 orang dari Kunming, barat daya China menuju ke Vientiane, lapor Xinhua.
Pemandu bas berjaya memandu ke tempat selamat walaupun dia sendiri telah ditembak, demikian menurut agensi berita itu sambil menambah, mangsa-mangsa yang cedera dirawat di sebuah hospital tempatan.
Xinhua bagaimanapun tidak menyebut tentang tahap kecederaan yang dialami mereka.
Serangan kelmarin adalah yang ketiga sejak tiga bulan lalu terhadap rakyat China oleh penyerang-penyerang misteri ketika mereka berada di Laos. Negara komunis itu bersempadan dengan China.
Pada awal bulan ini, seorang warga China terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam serangan di sebuah hartanah milik syarikat China di wilayah Luang Prabang.
Pada Januari lepas pula, satu serangan bom telah meragut nyawa dua rakyat China di sebuah wilayah yang berjiran dengan Luang Prabang. Insiden itu mendorong Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Vientiane mengeluarkan nasihat perjalanan kepada warga AS. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0325&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz43rs5bt6C 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment