Search This Blog

Monday, March 21, 2016

Empat Terbunuh, 10 Cedera Letupan Di Hanoi


Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 10:16 AM

HANOI: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh, termasuk seorang wanita berusia 32 tahun dan anak perempuan berusia lapan tahun sementara 10 yang lain cedera selepas letupan berlaku pada petang Sabtu di sebuah kawasan kediaman di Hanoi.

Letupan itu mengakibatkan kerosakan teruk 36 pangsapuri di kawasan kediaman berkenaan.

Saksi di tempat kejadian berkata mereka mengesyaki letupan itu berpunca daripada letusan bom.

Ketua Polis Unit Jabatan Siasatan Jenayah, Duong Van Giáp berkata pihaknya mengumpul beberapa keping logam di tempat kejadian yang dikenal pasti sebagai bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membuat bom.

Siasatan awal daripada Kementerian Keselamatan Awam menunjukkan bahawa serbuk letupan digunakan untuk membuat bom tersebut. TheStraitsTimes / ANN

No comments:

Post a Comment