Search This Blog

Tuesday, March 22, 2016

Dua ditahan jumpa pistol, peluru

Kota Bharu: Dua lelaki ditahan selepas pemeriksaan menemui sepucuk pistol dan 10 peluru hidup dalam sekatan jalan raya di Kampung Gemang, Ayer Lanas, Jeli, 3.24 pagi semalam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek berusia 26 dan 30 tahun ditahan ketika menaiki kereta jenis Honda Jazz.
Katanya, pemeriksaan terhadap suspek turut menemui 19 biji pil disyaki eramin 5 dan pil kuda.
" Berdasarkan maklumat, suspek dipercayai dalam perjalanan ke negeri di utara untuk mengambil daun ketum bagi diseludup keThailand.
"Suspek direman sehingga 26 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 15(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Mac 2016 @ 8:56 PM


Mazlan menunjukkan pistol dan peluru yang dirampas. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

No comments:

Post a Comment