Search This Blog

Saturday, March 26, 2016

Doktor tumbuk pesakit hingga maut dipenjara 9 tahun

Doktor tumbuk pesakit hingga maut dipenjara 9 tahun
26 MAC 2016

 Insiden yang dirakam CCTV

BELGOROD - RUSIA. Pakar bedah yang menumbuk seorang pesakit sehingga mati dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun.
IIya Zelendinov menumbuk ke muka Yevgey Bakhtin, 56, selepas pesakit itu menendang salah seorang jururawat semasa menjalankan prosedur perubatan.
Insiden tersebut mendapat perhatian selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tersebar dan turut ditayangkan di stesen televisyen tempatan malah turut viral di laman sosial.
Jurucakap mahkamah Belgorod, Yevgeniya Solodovnikova memberitahu AFP,  doktor tersebut dijatuhkan hukuman penjara kerana membunuh tanpa niat dan lesen perubatannya turut digantung.
[ARTIKEL BERKAITAN: Doktor tumbuk pesakit hingga maut]

No comments:

Post a Comment