Search This Blog

Monday, March 21, 2016

Ceti warga emas kena tetak



ANGGOTA JPAM memberi rawatan kepada Perumal yang berlumuran darah selepas kena tetak di hadapan rumah kedai miliknya di Dataran Tanjung Chali, Pekan Cina, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Seorang ceti berusia 78 tahun cedera parah pada kepala akibat ditetak menggunakan senjata tajam dalam kejadian di hadapan rumah kedai berhampiran menara tinjau Dataran Tanjung Chali, Pekan Cina di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, M. C. Perumal ditemui dalam keadaan berlumuran darah di hadapan pintu rumah kedai yang didiami bersama isterinya.
Mangsa yang masih sedar hanya mengerang kesakitan sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk rawatan lanjut.
Seorang saksi kejadian yang enggan dikenali memberi­tahu, mang­sa tidak memberitahu siapa yang menetaknya se­baliknya hanya me­ngerang kesakitan.
“Saya nampak banyak kesan luka pada kepala mangsa, mungkin akibat ditetak,” katanya di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0321&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz43VRH2R49 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment