Search This Blog

Monday, March 21, 2016

7 terkorban pesawat kecil terhempas di Brazil

AHAD, 20 MAC 2016 @ 1:38 PM

SEBUAH pesawat kecil terhempas di atas sebuah rumah di utara Sao Paulo. - Foto EPA

 SAO PAULO: Sebuah pesawat kecil terhempas di utara Sao Paulo menyebabkan tujuh orang termasuk bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat perlombongan gergasi Brazil, Vale dan keluarganya. Laman sesawang rangkaian berita O Globo berkata, juruterbang dan enam penumpang termasuk CEO Vale, Roger Agnelli, isteri dan dua anak, berada dalam pesawat itu ketika terhempas pada semalam. Kesemua tujuh orang meninggal dunia. O Globo memetik pegawai jabatan bomba dan penyelamat berkata, pesawat itu berlepas dari lapangan terbang di utara Sao Paulo apabila ia terhempas di atas sebuah rumah. Seorang penduduk yang berada di tempat kejadian mengalami kecederaan. Punca nahas belum dapat dipastikan. Agnelli, 56, mengetuai syarikat perlombongan Vale selama berdekad sehingga tahun 2011. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/135402

No comments:

Post a Comment