Ketua Penolong Pe­ngarah Stagg, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kesemua mereka dipercayai mencari pe­lang­gan dan menawarkan diri untuk dilanggani dengan kadar bayaran RM600 untuk sekali hu­bungan seks manakala RM900 untuk bermalam.
Ujarnya, operasi yang bermula pada pukul 10 malam itu turut memfokuskan pelacur kaki lima yang mencari atau menawarkan diri untuk tujuan pelacuran sebelum mengikut pelanggan ke hotel berhampiran.
“Kita turut menahan empat ejen iaitu dua lelaki dan seorang wanita tempatan manakala seorang lagi warga Indonesia. Kesemua yang ditahan berumur antara 27 hingga 47 tahun.
“Antara yang dirampas adalah wang tunai berjumlah RM16,287 dan beberapa mata wang asing termasuk dolar Amerika di sam­ping 42 buah telefon bimbit dan 18 kondom,” katanya dalam kenya­ta­an di sini hari ini.
Menurut Khairi, empat ejen tersebut ditahan ketika operasi dilakukan selepas mereka mencari seorang perempuan yang juga wanita pelayan pelanggan (GRO) di sebuah hotel.
Beliau memberitahu, kesemua tangkapan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut.
Tambahnya, kes disiasat di ba­wah Seksyen 372B Kanun Ke­seksaan dan Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.