Search This Blog

Monday, March 21, 2016

2 maut, 51 cedera keganasan bola sepak di Maghribi



STADIUM Mohammed V.
RABAT (Maghribi): Dua orang maut manakala 51 lagi cedera selepas tercetus pergaduhan besar-besaran di kalangan peminat ketika perlawanan membabitkan kelab bola sepak, Raja de Casablanca dan Chabab Rif Al Hoceima, semalam.
Syarikat televisyen tempatan menunjukkan dua kumpulan peminat daripada kelab sama, Raja terbabit dalam pergaduhan itu, membaling suar dan merosakkan barangan di Stadium Mohammed V.
Pihak berkuasa berkata, 11 kereta yang diletakkan di tepi jalan bandar itu turut dibaling dengan batu, menurut laporan media.
Pihak keselamatan dikerahkan untuk mengawal insiden ganas terbabit manakala mereka yang mengalami kecederaan dibawa ke hospital.
Pendakwa raya sudah membuka kertas siasatan terhadap insiden terbabit dan media melaporkan polis sudah menahan 10 orang.
Pada perlawanan itu, Raja de Casablanca menewaskan Chabab Rif Al Hoceima 2-1. - AFP

No comments:

Post a Comment