Search This Blog

Monday, March 21, 2016

14 kenderaan terbabit kemalangan


21/03/2016 4:36pm



SHAH ALAM - Sebanyak 12 kereta dan dua buah lori terbabit dalam satu kemalangan lampu isyarat Persiaran Mokhtar Dahari, di sini tengah hari tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi itu, kebanyakan kenderaan remuk teruk, namun semua mangsa terselamat.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, sepasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan.
"Pihak kita sampai dilokasi kejadian kira-kira minit, namun semua mangsa yang terlibat dengan kemalangan itu telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan telah di hantar ke hospital sebelum pihak kita sampai.
"Kejadian itu juga turut menyebabkan kesesakan lalu lintas dari semua arah. Punca kemalangan masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi di sini sebenntar tadi.
Kata Mohd. Sani lagi, usaha mengalihkan kenderaan yang terlibat sedang dijalankan dan pihak polis sedang membantu melancarkan semula aliran trafik di kaeasab terbabit. - K! ONLINE








Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0321&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_22.htm#ixzz43WykD7pf 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment